Wednesday, September 30, 2009

Pengenalan


AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN UNTUK PERLADANGAN BURUNG WALIT SPESIS AERODERMUS DAN PERUMAHANNYA

Sejak sedekad kebelakangan ini, pengusaha telah cuba menerokai halaman baru dalam penuaian sarang burung Walit ini. Ianya dari perspektif perladangan yang berperikemanusiaan, ekonomi, lestari pada populasi burung Walit serta bersifat mesra alam berbanding cara tradisi. Spesis dan bilangan burung Walit telah banyak berkembang dan berhijrah dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar. Semenjak itu, industri burung Walit ini telah berkembang. Burung Walit berada di dalam Order Apodiformes bermakna tiada berkaki dan mereka ini tidak berupaya di tanah. Burung ini mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Saiz burung Walit adalah kecil. Yang terbesar panjangnya berukuran 13sm dan yang terkecil sekadar hanya 7.5 sm. Burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan di mana ada banyak ceruk-ceruk bukit dan gua. Mereka ini membiak di dalam gua atau di premis yang berkeadaan seakan gua. Mereka ini mengguna ekolokasi serupa dengan cara kelawar, untuk terbang (navigate) dalam keadaan gelap. Sarang burung berharga dan diteroka disebabkan ianya mengandungi sedikit sahaja bulu serta bahan yang tidak boleh dimakan. Tuaian berjuta-juta dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada gua dan premis yang komersial. Burung Walit dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai iklim dan habitat. Sarang burung Walit adalah sarang burung yang paling dikagumi. Sarangnya tiada berliku-liku, berwarna-warni atau menawan. Masyhurnya Sarang Burung Walit disebabkan ianya adalah ramuan asas sup sarang burung di merata dunia.

No comments:

Post a Comment