Wednesday, September 30, 2009

Perihal Burung


Pembiakan
• Burung Walit selalunya mengawan diudara semasa berterbangan. Burung ini hanya berpasangan dengan seekor sahaja seumur hidupnya dan hanya akan mencari pasangan baru jikalau pasanganya mati. Jantan yang berlainan spesis hanya akan mengawan dengan spesisnya sahaja.
• Burung Walit mengunakan strategi pembiakan dengan kaedah multi-pengeraman (mereka akan mengeluarkan seberapa banyak gugusan telur dan menetaskan seberapa banyak anak yang boleh semasa keadaan cuaca baik). Sesetengah spesis bertelur 2 biji dan ada yang bertelur hanya sebiji.
• Di Latitud yang tinggi, musim bertelur Burung Walit adalah singkat dan disebaliknya di paras laut rendah (low latitudes). Lihat Apendiks 5 - Musim bertelur).
• Apabila kelompok telah terbentuk, penukaran diantara populasi sangat jarang. Apabila menambahkan bilangan burung elok dilakukan secara pasangan dan bukan secara seekor sahaja.

Membuat Sarang

• Kedua-dua jantan dan betina berkerjasama membina sarang terutamanya pada malam hari.
• Pastikan kayu beluti yang digunakan pada mana burung membuat sarang tiada serangga perosak terutamanya sebelum tiba musim membiak.
• Pembetulan pada palang-palang kayu disyorkan untuk mengelakkan kecelakaan pada burung dan manusia.
• Gangguan yang minima semasa musim pengeraman dan membuat sarang.
• Mana-mana sarang yang tertanggal mesti segera dialihkan sebelum burung bertelur. Burung akan segera membuat sarang baru.
• Anak burung yang dialihkan dari sarang yang rosak perlu segera dijaga secara anak angkat. Anak burung piatu mesti diberi makan secara paksa dalam bentuk bolus serangga setiap 2 jam dan dihindar dari kesejukkan.

'Fledgling'

• Apabila menetas anak burung Walit tidak berbulu, buta selama 20 hari.
• Anak burung mula memakan bolus serangga pada umur 7-9 hari dan mula minum pada umur 10 hari.
• Ibu mengasoh anak selama 5 minggu 'nestlings'. Anak burung diberi makan setiap 30 minit dengan bolus serangga sebanyak 1.7 gm daripada kedua-dua ibubapa.
• 'Fledgling'* iaitu meninggalkan sarang oleh anak burung berlaku pada limur 3 bulan.

Penjagaan Kesihatan
• Semua pengusaha Burung Walit mesti biasakan mengenali tanda-tanda penyakit burung Walit.
• Mana-mana Burung Walit atau telur yang bernas yang dijual mesti tidak berpenyakit dan tidak cacat. Semua burung mesti diuji untuk parasit luar dan dalam sebelum dijual. Semua anak mesti diberi ubat pelali dari parasit luar dan dalam sebelum dijual.
• AWAS! apabila hendak mengumpulkan burung yang baru ke kelompok yang sedia ada, berdasarkan keserasian dan penyakit.
• Premis dan burung perlu kerap diperiksa.
• Program keselurohan kesihatan gerompok perlu ada berdasarkan rundingan dengan pihak Veterinar. Apabila penyakit atau trauma dikenalpasti, rawatan segera yang patut diberi untuk menjaga kesihatan burung yang lain dan untuk mengelakkan tersebarnya penyakit.
• Burung yang sakit atau cedera mesti dirawat dengan segera. Mana-mana burung yang sakit mesti dialihkan dari sarang atau premis berkenaan dan di asingkan dari burung yang lain. Perhatian! Haiwan eksotik yang cedera mesti dirawat dengan segera. Penjagaan Doktor Veterinar mungkin diperlukan. Jika boleh, rujuk Pegawai Veterinar apabila berlakunya penyakit. Haiwan yang tidak boleh dirawat, perlu dimatikan secara berperikemanusiaan.
• 1 Fledgling - Burung boleh berdikari
• Haiwan yang mati mesti diluputkan secepat mungkin, melainkan l jika hendak pengesahan perihal mengapa sekor burung itu mati. •
• Jika mortaliti dipersoaikan, bedah siasat mesti dilakukan. lanya• dijalankan oleh seorang Doktor Perubatan Veterinar, jika terdapat apa-apa pertemuan mesti dicatatkan dan dilaporkan ke Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur.
• Cara untuk memantau kesihatan gerompok mesti diselaraskan oleh pihak berwajib.
• Jika berlaku mana-mana penyakit yang wajib dihebahkan (reportable disease), atau mana-mana penyakit yang mencurigakan ia wajib dilaporkan kepada Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur seperti yang telah digariskan oleh Akta Kesihatan Haiwan Malaysia.
• Dimana ada kes yang positif, pengusaha, pengendali atau tuanpunya mesti dengan segera mengikut garis yang tertentu yang telah termaktub Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Malaysia.

No comments:

Post a Comment