Sunday, November 14, 2010

Kursus Walit Jakarta




kursus dianjurkan oleh pak hendri mulia and the group.. 29 oct -1 nov 2010.. seminar cara jitu memikat walet di hotel san marina jakarta.. tadi masa duk dengan celoteh pak hendri mulia n the geng, sempat berbual-bual pengusaha2 walet yang telah berjaya.. sorang tu dari kalimantan timur, pak solihin… baik orangnya.. setiap 3-4 bulan dia bisa panen 60kg.. saiz rumah dia 25×36 dalam unit meter.. bukannya dalm unit kaki.. gila…, tho chun.. ada 4 rumah burung… setiap 2 bulan 40kg.. sorang perempuan muda tu.. dngan rendah diri dia kata hanya 2kg setiap 3 bulan.. yang bestnya diorang ni jemput aku ke rumah burung walit diorang dengan percuma.. hmm… bertambah kerap la aku ke indon lepas ni… kursus ni cukup bagus bagi pengusaha yang telah mendirikan rumah walit dan mempercepatkan/ dan meningkatkan hasil sarang..

hari terakhir pergi ke sobang n panimbang.. punya lah besar rumah walet di sana.. kat area situ saja dikatakan ada 8000 buah rumah burung.. lewat petang tengok burung berlumba-lumba masuk ke rumah burung.. sangat banyak.. tapi lebih kurang sama dengan malaysia.. macam kuala krai.. macam setiawan.. terengganu.. dan lain2..

Friday, November 12, 2010

Makanan Burung Walit




MEDIA PEMBIAKAN SERANGGA/ INSECT GROWTH PROMOTER

MEDIA PEMBIAKAN SERANGGA diperbuat 100% daripada bahan semulajadi, ia dapat membiak serangga dan mengawal populasi, ianya selamat kepada manusia dan persekitaran. Media tersebut berguna sebagai untuk pembiakan Diptera Ordo, Drosophila Family, Drosophila Genus dan D. Melanogaster . serangga yang dibiakkan ini dari jenis yang bersifat lembut,kecil dan berterbangan. kandungan protin pada serangga ini ialah 60%, ini akan dapat meningkatkan populasi burung dan produktiviti sarang yang dihasilkan seterusnya akan meningkatkan kualiti berat sarang burung. Media ini amat berguna pada musim kemarau (sumber makanan sedikit), ia juga dapat meningkatkan kualiti dengan lebih baik walau pada musim hujan. Serangga yang terhasil daripada media ini sangat berguna terutamanya dapat memberikan makanan secara berterusan dan makanan tambahan untuk burung yang menginap di rumah walit anda juga dapat menarik minat burung walit lain untuk bersarang di rumah walit anda.


INSECT GROWTH PROMOTER made of 100% natural raw material, it can grow insects and control population, safe for human and environment. INSECT GROWTH PROMOTER is Eco-Friendly, it is use to grow insect from Diptera Ordo, Drosophila Family D. melanogaster and Drosophila Genus. These insects are soft, small and flying. Protein content of these insect is about 60%, this will increase swiftlet population and productivity, increase the weight and quality of birds nest. Beside being very useful in the dry season, the INSECT GROWTH PROMOTER can also increase the productivity in the rainy season. The insects which come from this powder are more useful. INSECT GROWTH PROMOTER to provide insects continuously as an extra feeding for our swiftlets and to attract the other swiftlet to come in, stay,and build nests in our birds house.

Cara penggunaan:

1. Masukkan serbuk insect growth promoter ke dalam bekas plastik dengan diameter 30cm atau lebih, boleh juga menggunakan baldi/ bekas cat/ talam dll dengan nisbah 1:4 atau campur dengan air sehingga ia menjadi sedikit likat.
2. Tutup campuran tadi dengan kawat saiz ½ inch bagi mengelakkan cicak, lipas dan pemangsa lain.
3. Campuran hendaklah diperhatikan sekurang-kurangnya 3 minggu sekali bagi melihat kondisi samaada kering, jika ya, perlu ditambah air kedalam media tersebut
4. Kalau boleh campuran dalam bekas tersebut diletakkan dikawasan yang mana sekelilinggnya mengandungi air bagi mengelakkan semut merosakkan proses pembiakan serangga makanan walit.
5. Untuk hasil yang lebih baik. Gunakan air mineral atau air yang telah dimasak. (mengurangkan bau masam yang tidak disukai oleh burung walit)

untuk pertanyaan.. boleh berhubung dengan: ben 019-2606185/ din 012-6190105

Harga RM60 sahaja utk 2 kilo..

Wednesday, September 30, 2009

Perihal Burung


Pembiakan
• Burung Walit selalunya mengawan diudara semasa berterbangan. Burung ini hanya berpasangan dengan seekor sahaja seumur hidupnya dan hanya akan mencari pasangan baru jikalau pasanganya mati. Jantan yang berlainan spesis hanya akan mengawan dengan spesisnya sahaja.
• Burung Walit mengunakan strategi pembiakan dengan kaedah multi-pengeraman (mereka akan mengeluarkan seberapa banyak gugusan telur dan menetaskan seberapa banyak anak yang boleh semasa keadaan cuaca baik). Sesetengah spesis bertelur 2 biji dan ada yang bertelur hanya sebiji.
• Di Latitud yang tinggi, musim bertelur Burung Walit adalah singkat dan disebaliknya di paras laut rendah (low latitudes). Lihat Apendiks 5 - Musim bertelur).
• Apabila kelompok telah terbentuk, penukaran diantara populasi sangat jarang. Apabila menambahkan bilangan burung elok dilakukan secara pasangan dan bukan secara seekor sahaja.

Membuat Sarang

• Kedua-dua jantan dan betina berkerjasama membina sarang terutamanya pada malam hari.
• Pastikan kayu beluti yang digunakan pada mana burung membuat sarang tiada serangga perosak terutamanya sebelum tiba musim membiak.
• Pembetulan pada palang-palang kayu disyorkan untuk mengelakkan kecelakaan pada burung dan manusia.
• Gangguan yang minima semasa musim pengeraman dan membuat sarang.
• Mana-mana sarang yang tertanggal mesti segera dialihkan sebelum burung bertelur. Burung akan segera membuat sarang baru.
• Anak burung yang dialihkan dari sarang yang rosak perlu segera dijaga secara anak angkat. Anak burung piatu mesti diberi makan secara paksa dalam bentuk bolus serangga setiap 2 jam dan dihindar dari kesejukkan.

'Fledgling'

• Apabila menetas anak burung Walit tidak berbulu, buta selama 20 hari.
• Anak burung mula memakan bolus serangga pada umur 7-9 hari dan mula minum pada umur 10 hari.
• Ibu mengasoh anak selama 5 minggu 'nestlings'. Anak burung diberi makan setiap 30 minit dengan bolus serangga sebanyak 1.7 gm daripada kedua-dua ibubapa.
• 'Fledgling'* iaitu meninggalkan sarang oleh anak burung berlaku pada limur 3 bulan.

Penjagaan Kesihatan
• Semua pengusaha Burung Walit mesti biasakan mengenali tanda-tanda penyakit burung Walit.
• Mana-mana Burung Walit atau telur yang bernas yang dijual mesti tidak berpenyakit dan tidak cacat. Semua burung mesti diuji untuk parasit luar dan dalam sebelum dijual. Semua anak mesti diberi ubat pelali dari parasit luar dan dalam sebelum dijual.
• AWAS! apabila hendak mengumpulkan burung yang baru ke kelompok yang sedia ada, berdasarkan keserasian dan penyakit.
• Premis dan burung perlu kerap diperiksa.
• Program keselurohan kesihatan gerompok perlu ada berdasarkan rundingan dengan pihak Veterinar. Apabila penyakit atau trauma dikenalpasti, rawatan segera yang patut diberi untuk menjaga kesihatan burung yang lain dan untuk mengelakkan tersebarnya penyakit.
• Burung yang sakit atau cedera mesti dirawat dengan segera. Mana-mana burung yang sakit mesti dialihkan dari sarang atau premis berkenaan dan di asingkan dari burung yang lain. Perhatian! Haiwan eksotik yang cedera mesti dirawat dengan segera. Penjagaan Doktor Veterinar mungkin diperlukan. Jika boleh, rujuk Pegawai Veterinar apabila berlakunya penyakit. Haiwan yang tidak boleh dirawat, perlu dimatikan secara berperikemanusiaan.
• 1 Fledgling - Burung boleh berdikari
• Haiwan yang mati mesti diluputkan secepat mungkin, melainkan l jika hendak pengesahan perihal mengapa sekor burung itu mati. •
• Jika mortaliti dipersoaikan, bedah siasat mesti dilakukan. lanya• dijalankan oleh seorang Doktor Perubatan Veterinar, jika terdapat apa-apa pertemuan mesti dicatatkan dan dilaporkan ke Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur.
• Cara untuk memantau kesihatan gerompok mesti diselaraskan oleh pihak berwajib.
• Jika berlaku mana-mana penyakit yang wajib dihebahkan (reportable disease), atau mana-mana penyakit yang mencurigakan ia wajib dilaporkan kepada Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur seperti yang telah digariskan oleh Akta Kesihatan Haiwan Malaysia.
• Dimana ada kes yang positif, pengusaha, pengendali atau tuanpunya mesti dengan segera mengikut garis yang tertentu yang telah termaktub Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Malaysia.

Tanggungjawab Pengusaha


Sesiapa yang berkerja dengan burung eksotik mesti mengetahui dan bertanggungjawab untuk mengelakkan dari berlakunya sebarang ketidakselesaan. Pengusaha dipertanggungjawabkan untuk melatih pekerja berkenaan mengendalikan secara baik, penggunaan alatan dan penjagaan burung. Pekerja mesti mengikut prinsip ini sepanjang masa. Burung Walit boleh mengalami tekanan jika pengendalian tidak dijalankan dengan baik. Apabila seekor burung dipegang, ia berada dalam posisi yang selesa. Cara yang terbaik adalah dengan kedua-dua kepaknya dikapitkan ke sisi badan beserta kakinya dilipatkan dibawah badannya. Sebelum kakitangan diberi tugasan tertentu, mereka ini perlu diberi penerangan asas berkaitan mengendalikan burung berdasarkan umur dan jantinanya. Pengetahuan berkenaan sifat semulajadi burung walit ini perlu ada dalam mengendalikan haiwan ini. Kemudahan mesti mencukupi, dan ianya adalah mustahak dalam mengendalikan haiwan ini dengan selamat. Latihan prosedur secara praktikal perlu berterusan untuk memastikan kecekapan dan keselamatan.

Pengenalan


AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN UNTUK PERLADANGAN BURUNG WALIT SPESIS AERODERMUS DAN PERUMAHANNYA

Sejak sedekad kebelakangan ini, pengusaha telah cuba menerokai halaman baru dalam penuaian sarang burung Walit ini. Ianya dari perspektif perladangan yang berperikemanusiaan, ekonomi, lestari pada populasi burung Walit serta bersifat mesra alam berbanding cara tradisi. Spesis dan bilangan burung Walit telah banyak berkembang dan berhijrah dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar. Semenjak itu, industri burung Walit ini telah berkembang. Burung Walit berada di dalam Order Apodiformes bermakna tiada berkaki dan mereka ini tidak berupaya di tanah. Burung ini mempunyai kuku mencengkam yang kuat. Saiz burung Walit adalah kecil. Yang terbesar panjangnya berukuran 13sm dan yang terkecil sekadar hanya 7.5 sm. Burung Walit berkelompok besar dan suka pada kawasan di mana ada banyak ceruk-ceruk bukit dan gua. Mereka ini membiak di dalam gua atau di premis yang berkeadaan seakan gua. Mereka ini mengguna ekolokasi serupa dengan cara kelawar, untuk terbang (navigate) dalam keadaan gelap. Sarang burung berharga dan diteroka disebabkan ianya mengandungi sedikit sahaja bulu serta bahan yang tidak boleh dimakan. Tuaian berjuta-juta dihasilkan setiap tahun di Malaysia daripada gua dan premis yang komersial. Burung Walit dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai iklim dan habitat. Sarang burung Walit adalah sarang burung yang paling dikagumi. Sarangnya tiada berliku-liku, berwarna-warni atau menawan. Masyhurnya Sarang Burung Walit disebabkan ianya adalah ramuan asas sup sarang burung di merata dunia.

Rumah Burung Walit


AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN UNTUK PERLADANGAN BURUNG WALIT SPESIS AERODERMUS DAN PERUMAHANNYA

Perumahan atau premis burung Walit ini mesti terletak pada jarak minima iaitu 100 meter daripada bangunan terdekat dari mana-mana bangunan tempat tinggal atau kawasan perumahan. In adalah jarak minima bagi pencemaran bau dan bunyi yang digariskan oleh Jabatan Alam Sekitar. Ataupun, rumah Burung Walit ini dibina di atas tanah bertaraf pertanian/ kawasan industri. Pembinaan perumahan Burung Walit ini di tengah-tengah Bandar adalah dilarang sama sekali. Perusahan perladangan Burung Walit ini di dalam mana-mana binaan Warisan Housing. 'Ghost fown'/ atau bandar tinggal, kawasan di mana terdapat aktiviti manusia yang minima dan bangunan dibiarkan reput atau kosong, permit untuk perladangan Burung walit boleh diperlakukan dengan syarat mendapat kelulusan keizinan Penguatkuasaan Perbandaran Tempatan masing-masing.